Uploaded March 2026 | Updated September 2026, 12 hours ago
3 Mac — Ketersediaan bekalan serta kestabilan harga barangan keperluan harian menjelang perayaan Syawal wajib terjamin di seluruh negara tanpa sebarang kompromi atau alasan.
Bagi merealisasikan perkara ini, Perdana Menteri telah menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk memperhebatkan pemantauan berterusan di bawah inisiatif Ops Pantau 2026. Pemantauan ini turut disasarkan secara rapi di Bazar Ramadan seluruh negara bagi memastikan harga makanan yang dijual kekal munasabah dan berpatutan kepada rakyat.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri turut menitikberatkan tahap kebersihan premis perniagaan dengan sokongan fasiliti yang baik daripada setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sementara itu, bagi terus meringankan beban kos sara hidup, Program Jualan Rahmah MADANI akan diteruskan sepanjang bulan Ramadan ini bagi menawarkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih rendah.
Langkah bersepadu Kerajaan MADANI ini adalah komitmen berterusan bagi memastikan sambutan Ramadan dan Syawal tahun ini disambut penuh makna tanpa membebankan kewangan rakyat.
#BeritaASLI #PMX #Malaysia