Uploaded March 2026 | Updated September 2026, 2 days ago
9 Mac — Pejabat Perdana Menteri memandang serius pergolakan yang kian meruncing di Asia Barat dan kini sedang giat memantau operasi evakuasi rakyat Malaysia dari zon konflik. Susulan pengesahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan agar segala langkah digerakkan segera kerana nyawa rakyat adalah keutamaan mutlak dalam situasi kritikal yang tidak menentu ini. Mengambil keberkatan bulan Ramadan, beliau mendoakan agar urusan membawa pulang kesemua rakyat yang terjejas dipermudah dan berjalan lancar.
Kerajaan menerusi MKN kini berada di fasa akhir persiapan dan sedang menyelaras operasi ini secara rapat dengan Kementerian Luar Negeri (KLN) melaui pejabat Perwakilan Malaysia di negara terbabit. Langkah drastik ini diambil berikutan perang berskala besar yang tercetus di rantau berkenaan, rentetan serangan udara AS dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari lalu yang kemudiannya disusuli dengan siri serangan balas peluru berpandu oleh Tehran ke kemudahan tentera AS di Iraq, Syria, Qatar, serta infrastruktur Israel.
Pihak MKN dan KLN memberi jaminan akan menyalurkan perkembangan operasi secara berkala sehingga proses membawa pulang rakyat Malaysia selesai sepenuhnya. Dalam pada itu, Pejabat Perdana Menteri turut berharap agar ikhtiar berterusan kerajaan—sama ada dari soal ekonomi mahupun keselamatan—dapat memberikan kelegaan langsung kepada rakyat, tatkala penilaian impak terhadap ekonomi global sedang giat dilaksanakan.