Uploaded February 2026 | Updated September 2026, 2 hours ago
12 Feb — Hasrat rakyat asing untuk bekerja di Singapura bakal menjadi lebih sukar apabila republik itu memperketatkan syarat gaji minimum bagi pemegang Pas Pekerjaan (EP).
Kerajaan Singapura akan menaikkan ambang gaji kelayakan bagi pemohon pas kerja asing bermula Januari 2027 bagi memastikan kualiti tenaga kerja profesional seiring dengan kenaikan gaji tempatan.
Menerusi Belanjawan 2026, Perdana Menteri Lawrence Wong mengumumkan bahawa gaji minimum bagi pemohon baharu Employment Pass (EP) akan dinaikkan daripada $5,600 kepada $6,000, manakala bagi sektor perkhidmatan kewangan pula meningkat kepada $6,600.
Bagi pemohon S Pass (kategori pekerja mahir peringkat pertengahan), kadar minimum akan dinaikkan daripada $3,300 kepada $3,600, dengan pelarasan sehingga $4,000 bagi sektor kewangan.
Langkah ini bertujuan mengekalkan warga tempatan sebagai teras tenaga kerja sambil kekal terbuka kepada kepakaran asing yang melengkapi ekonomi. Selain itu, levi permit kerja bagi sektor marin dan proses turut akan dinaikkan sebanyak $100 hingga $150 bermula tahun 2028 bagi memberi ruang kepada syarikat untuk menyesuaikan diri.
Setakat Jun 2025, data menunjukkan terdapat seramai 201,200 pemegang EP, 177,600 pemegang S Pass, dan lebih 1.18 juta pemegang permit kerja yang sedang berkhidmat di Republik itu.
#BeritaASLI #Singapura #Malaysia