Uploaded March 2026 | Updated September 2026, 1 day ago
2 Mac — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada Republik Islam Iran atas terkorbannya Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei, bekas Presiden Mahmoud Ahmadinejad, Menteri Pertahanan, serta 180 kanak-kanak di Minab akibat serangan rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat.
Menerusi penerangan di Dewan Rakyat, beliau menegaskan bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan ke atas negara berdaulat itu, yang disifatkan biadap dan melanggar prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Walaupun menyedari kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara membangun yang kecil, pendirian berani ini diambil atas prinsip menentang segala bentuk pencerobohan dan menghormati kebebasan sesebuah negara.
Susulan ketegangan yang memuncak, Wisma Putra kini sedang memantau rapat keselamatan lebih 29,112 rakyat Malaysia (berdaftar dan tidak berdaftar) di rantau Timur Tengah, dengan tumpuan utama di Qatar, UAE, Arab Saudi, dan Jordan.
Dalam kesibukan krisis ini, Kerajaan juga tidak melupakan nasib rakyat Palestin di Gaza. Misi bantuan kemanusiaan 'Sumud Darat' yang membawa 374 tan bahan makanan dan kit kebersihan menerusi 30 kontena telah selamat dilancarkan semalam.
#BeritaASLI #Iran #Sumud