Kes Kampung Papan. Salah siapa? @bfmradiomy
Kes Kampung Papan. Salah siapa?  @bfmradiomy
Uploaded November 2025 | Updated November 2026, 18 hours ago
📍 🟡 Recap Kes Kampung Papan:

📌 Penduduk Kampung Papan telah mendesak kerajaan Selangor memberi jaminan rasmi bahawa perobohan rumah akan berhenti sehingga tawaran perumahan hitam-putih diberikan.

📌 "EXCO kata hanya rumah kosong akan dirobohkan, tetapi rumah yang berpenghuni juga dirobohkan," kata Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Papan, Teoh Ah Guat. Perobohan rumah yang berpenghuni berlaku antara 10-14 November.

📌 Menurut Timbalan Presiden PSM, Kampung Papan sebenarnya dibuka oleh peneroka yang menetap sejak tahun 1939. Peneroka turut diberi Lesen Pendudukan Sementara oleh kerajaan pada tahun 1968-1989.

📌 Pada tahun 2004, kerajaan negeri Selangor memberi Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT), sebuah anak syarikat Bank Negara, hak milik tanah untuk menyediakan penempatan baru kepada peneroka.

📌 TPPT menjual sebahagian tanah itu kepada pemaju Melati Ehsan pada tahun 2007. Menurut satu memorandum, Melati Ehsan telah berjanji untuk membina rumah gantian untuk peneroka Kampung Papan.

📌 Pada tahun 2018, penduduk Kampung Papan ditawar rumah teres 20' x 70' dengan tawaran harga RM99,000 dan Rumah Selangorku jenis B keluasan 800sqft dengan harga yang sama.

📌 Namun, janji itu masih belum ditunaikan walaupun telah menunggu bertahun-tahun.

📌 Susulan sidang media yang diadakan oleh penduduk dan PSM pada 17 Nov, EXCO perumahan Borhan bin Aman Shah mengesahkan bahawa pemaju Melati Ehsan telah menyerahkan 7 ekar tanah kepada kerajaan negeri untuk membangunkan rumah untuk peneroka Kampung Papan. Permodalan Negeri Selangor Berhad dilantik untuk melaksanakan projek perumahan tersebut.

📌 Sekumpulan penduduk dan aktivis berhimpun di depan pejabat Melati Ehsan hari ini (21 Nov) bagi menuntut tawaran penempatan yang lebih adil susulan perobohan rumah mereka minggu lalu.

Listen to Beyond The Ballot Box's coverage of the Kampung Papan case on the BFM website, BFM app, Spotify, and Apple Podcast.

🎙️ Everything You Need to Know About the Kampung Papan Eviction and Demolition
Kes Kampung Papan. Salah siapa?Happy Labour Day geng 🤭 Tell us your office pet peeve!Most Replayed: They Ignored Upin & Ipin | Founder & Managing Director of Les’ Copaque ProductionRatu Pest Control #pestcontrol #malaysianbusiness #termitetreatmentMarketing On A Tight BudgetWe will safeguard the bright prospect of our Asian family. - Xi JinpingYour Business Is Using AI Wrongly | In The StudioDont call them that. - Tan Lee BeeA Thank You Is Nicer Than Discounts“Either you were conned or your staff must be stupid” – Upin Ipin creator on theme park dealBetul ke masih ada orang yang sanggup bantu?Most Replayed: MP Salary | Dewan Rakyat Speaker Johari Abdul answers | In The Studio Highlight
BFM 89.9 |

Kes Kampung Papan. Salah siapa?

SHARE TO X SHARE TO REDDIT SHARE TO FACEBOOK WALLPAPER