DONGKOL - SHORTFILM FYP/DDV/JRKV/PTSS @JRKVPTSS
DONGKOL - SHORTFILM FYP/DDV/JRKV/PTSS  @JRKVPTSS
Uploaded January 2024 | Updated November 2026, 6 hours ago
NAMA PRODUKSI: LUCID PICTURES

TAJUK FILEM PENDEK: DONGKOL

KRU PRODUKSI:

PENERBIT: ENCIK SHAMZURI BIN YAAKOB
PENGURUS PRODUKSI: ADLIN SOFIYA BT NOORAZMI
PENGARAH/PENYUNTING: MUHAMMAD FARHAN AIMAN BIN ZAHAROL NIZA
PEMBANTU PENGARAH/PENGENDALI KAMERA: AHMAD WAIZ SYAHMIE BIN AHMAD RAZIF
PENGARAH FOTOGRAFI: MUHAMMAD SYAHIRAN BIN DAMAN HURI
PENGARAH SENI: NUR IRDINA SOFEA BT FIRDAUS
PENATA BUNYI: MUHAMMAD ADAM HARIZ BIN ISMAIL
PEREKA GRAFIK/PENATA CAHAYA: FATIH NUR DINIY BIN FAIZUL AZMAN

SINOPSIS:

Pak Ayub merupakan tok guru silat kepada Mael dan Ramlee. Mael mempunyai perasaan terhadap Suraya tetapi dia tidak pernah memberitahunya. Pada suatu hari, Suraya diganggu oleh Zali dan dua orang lagi pembuli di kampung itu, lalu dia diselamatkan oleh Ramlee. Mael yang melihat kejadian itu dari jauh berasa bengang kerana dia inginkan Suraya. Sedang Mael dan Ramlee berlatih silat, Mael ingin membunuh Ramlee menggunakan kerambitnya akan tetapi dihalang oleh tok guru mereka dan Pak Ayub terus memberi nasihat supaya tidak mengikut nafsu amarah semasa berlatih. Kemudiannya, Mael pergi berjumpa dengan Suraya untuk meluahkan perasaanya akan tetapi Suraya menolak cinta Mael. Sedang Ramlee dan Mael berlatih silat sambil Pak Ayub memberi nasihat tentang ilmu silat yang mereka miliki supaya tidak disalahgunakan, Suraya datang dengan keadaan kusut-masai dan baju yang terkoyak. Pak Ayub, Ramlee dan Mael yang berada di situ terkejut melihat keadaan Suraya. Suraya menceritakan kepada Pak Ayub, Ramlee dan Mael ketika dia sedang berjalan sendirian, Zali datang dan mengganggunya. Dia kemudian meminta Suraya untuk mengikutinya namun Suraya menolak. Zali terus memaksa Suraya dan membawanya ke sebuah rumah usang di hujung kampung dan setelah itu dia memperkosa Suraya. Pak Ayub, Ramlee dan Mael yang mendengar kejadian itu terkejut. Suraya memberitahu lokasi keberadaan Zali dan Mael terus beredar tanpa sepatah kata. Pak Ayub menyuruh Ramlee menolong Mael. Sesampainya Ramlee di tempat tersebut dia terkesima apabila melihat Mael terlantar dan hampir mati dihadapan banggunan terbengkalai kerana ditikam oleh Zali. Tanpa berfikir panjang, Ramlee terus mencari Zali didalam rumah usang tersebut dan pertarungan antara Ramlee dan Zali bermula. Di penghujung perlawanan, Ramlee ingin membunuh Zali namun Ramlee teringat akan kata-kata tok gurunya dan membatalkan niat ingin membunuh Zali. Sehubungan dengan itu tok guru mereka, Pak Ayub, Suraya dan pihak polis terus sampai ke tempat kejadian.
DONGKOL - SHORTFILM FYP/DDV/JRKV/PTSSAL-KISAH PODCAST : BUNOHAN (NEXTFRAME)CEGAH SEBELUM TERLAMBAT  - 128 PRODUCTIONDWISHA CRAFT  - DIGITAL ART PROJECTARGUMENTASI JIWA - DRAMA VP/DDV/JRKV/PTSSZR BELACAN  - DIGITAL ART PROJECTPODCAST FRAME BY FRAME : MAGIK ROMPAK (INFINITY STUDIO)VISCOM SHOW KE-32 | TALK SHOW l HARI - 2VISCOM SHOW KE-31 | Majlis Malam Santapan Pengkarya DDV & DDSTIKUS KAMPUNG & TIKUS BANDAR - SIDAI PRODUCTIONADNAN RALIT - DIGITAL ART PROJECTJUBAH PUTIH - DRAMA VP/DDV/JRKV/PTSS
JRKV PTSS |

DONGKOL - SHORTFILM FYP/DDV/JRKV/PTSS

SHARE TO X SHARE TO REDDIT SHARE TO FACEBOOK WALLPAPER